Tuesday, February 22, 2011

Penjaga Jiwa

Aku tak mampu yakini betapa pentingnya diri kau dalam hidup aku.
Aku tak bisa cabut keluar dan galas juraian hati dan jantung aku hadapkan di depan kau.
Cuma aku percaya yang hari ini kau cinta akan aku.

Kalau hati aku bertasbih, terang-terang aku kata yang ianya nama kau.
Ya, aku tahu. Aku jarang ingat Dia. Tapi kerna kau, hati aku terdetik pada Dia.
Minta bantu, minta tolong, minta ditunjuk jalan yang bukan serong.
Habis-habisan aku pinta padaNya mahu jadi yang sebaik aku boleh.

Lama dah kita. Banyak kau ubah aku, garap aku jadi indah.
Suntik aku dengan kalimah-kalimah, intipati dunia.
Kalau aku terlupa ucap terima kasih atas semua, kau patut tahu aku rasa lebih dari itu.

Tipu lah kalau aku tak berharap satu hari nanti kita jadi satu.
Bohong lah kalau aku bilang dunia aku penuh senyuman bila kau pergi.
Tersisip elok cita ku mahu jadi penyeri, mahu jadi penjaga jiwa kau.

If only hard wishing could get you there, I should be there already <3
Sayang kau! :)

Bella Juhari
22 February 2011

No comments:

Post a Comment