Wednesday, March 16, 2011

Imagi

kadang bibir tak butuh nyatakan apa yang terlekat di hati.
kadang hati tak bisa relakan apa yang terpacul di minda.
dan kadang minda tak mampu menjamah titik tolak segala realiti.

apa yang terpahat, apa yang tersentuh,
di mana yang melarat, di mana yang mengaduh,
tak juga di bilang, tak juga di khabar,
tetap juga menghilang, masih juga bersabar.

jahanam.
apa tinggi sangat kah kau di mata aku?
kasih tara mana yang kau sisipkan di jiwa aku?
ilmu kebal apa yang kau suntik di jantung aku?

bangun aku kerana kau.
rebah aku sebabkan kau.
sampai bila?

sampai bila mungkin kau bakal datang?
memandang sekilas biasan bunga kau ini..
memandu jiwa hati separa lara ini ke singgahsana..
mencuri kerdip ketul permata kau ini...
sampai bila yang disini, bakal berada di sana?

satu, dua, tiga,
di hitung kira, di maki hati.
mungkin nanti.
nanti bila?

*diam*


.
.
.
mati?


Bella Juhari
16 March 2011

No comments:

Post a Comment