Thursday, October 7, 2010

Kau Hebat!


Hari ini terasa seperti hari yang paling serabut.
Hari yang paling sakit, paling sukar nak digambarkan.
Hari yang bila pulang nanti aku ingin meraung sekuat hati.
Sepenuh hati.
Semahu hati.
Seakan mati.

Aku marah. Dia berang. Kami sama.
Dia pergi. Aku tarik. Kami tunggu.
Aku tak tahu apa lagi lepas ini.
Aku tak pasti hala tuju lepas itu.

Hati tawar katanya. Aku angguk. Kami sama.
Semua geram tapi tak berdaya.
Semua seperti melayang tapi tak terasa.
Jatuh seketul, pecah. Jatuh seketul, pecah.
Rasa kalau ditendang, dipukul, diam bisu.

Sayang aku lagi? - Sayang.
Mulut terkumat kamit tak henti.
Hati berbisik bisik tak putus.
Aku sayang lagi. Masih sayang banyak lagi.
Sakit, pahit yang terjah tak mampu pudarkan sayang.
Tak mampu lenyapkan bayang.
Masih ada. Masih ada dalam jiwa.
Masih bernafas bersama dia.

Terlalu banyak "mungkin" berjoget masuk.
Penuhi urat otak, mampatkan saraf tunjang.
"Mungkin dia yang di cari"
"Mungkin dia yang membahagiakan"
"Mungkin dia yang bongkok tua nanti memandikan"
"Mungkin dia yang bila tanam kubur di sisi"
Hidup sampai mati; Mungkin dia.

Jadi, Kamu di atas sana.
Aku tahu Kau hebat. Hebat sangat.
Coretkan hidup aku. Naik turun aku.
Jatuh bangun aku. Semua kerja Kau.
Aku banyak ingat Kau.
Mati pun aku ingat.
Cuma tak turuti semua kehendak Kau lagi.

Dan ini. Ini untuk Kau.
Terima kasih beri aku hati. Merasa aku cinta itu apa.
Terima kasih beri aku ujian. Merasa aku sayang Kau bagaimana.
Terima kasih beri aku dia. Merasa aku erti berdua.
Kali ini aku tak mahu jadi kaca.
Aku tak mahu terus jatuh dan pecah.
Aku mahu terus cuba dan cuba.
Terus tunggu dan tunggu.

Entah mengapa, aku rasa dia worth it.
Jadi kita lihat.
Aku, dia dan Kau.
Kita lihat :)

Bella Juhari 
07 October 2010

No comments:

Post a Comment