Monday, October 18, 2010

Takut


Hai hati. Aku takut.
Takut bila aku toleh ke sebelah, aku seorang.
Takut bila aku terlentok di paras bahu, tiada yang menyambut.
Takut bila aku sendiri malam hari, aku menangis tak henti.
Takut bila aku bergolek ke sisi, kosong.
Takut bila aku tatap cermin, tiada senyum.
Takut bila aku bangun pagi, terhela nafas panjang.
Takut bila aku lama begini, jiwa aku mati.
Dia kata dia mahu hidup bujang.
Setuju, aku benarkan. Dia penat katanya.
Masa sekarang sajalah bujang menerpa.
Kahwin nanti, lain jadinya.
Jadi, sekarang. Sekarang katanya. Kalau tidak, bila lagi.
Aku tanya, kalau kau sudah 30. Mahu kahwin, ambil lagi kah aku?
“Tak” balasnya. Sakit. Tapi itulah hakikat.
Siapa yang mahu bini tua? “Nanti penat” katanya lagi.
“Anak baru masuk universiti, kita dah 50 - 60 tahun”
Telan perlahan; tiap bait katanya. Pedih.
Tapi kalau rasa mahu kahwin usia 27 - 28 pula?
Dan kononnya aku yang paling kau sayang, tapi ada juga yang lain-lain.
Si dua, si tiga atau si empat. Siapa yang kau pilih?
“Orang yang paling lama dengan aku” balasnya ringkas.
Aku tersentak. Kalau aku yang kau paling sayang, tapi ada kekasih dulu juga
yang datang kembali, yang mahukan kau, kau ambil dia?
“Ye”. Penat aku tahan air mata aku dari jatuh berderai.
Apa semua ini?! Apa semua ini?! Jerit hati aku yang bisu.
Ringkasnya, kalau aku tua, AKU TAK LAYAK BERSAMA.
Kalau aku bukan yang terlama kau kenal pun, AKU TAK LAYAK BERSAMA.
Pokoknya, AKU MEMANG TAKKAN BERSAMA?
Aku dah mula rasa aku mati sedikit demi sedikit.
Aku dah mula rasa apa aku buat langsung tak meninggalkan kesan.
Aku dah mula rasa aku ghaib sedikit demi sedikit.
Aku dah mula rasa apa yang aku usahakan, dijirus terus dalam longkang.
Mula hari ini, aku mahu diam.
Diam saja biar mati.
Diam saja pendam sakit.
Diam saja kerna aku tak punya apa.
Diam saja kerna mungkin sudah takdir.
Takdir yang menjadikan aku ini hanya sekadar MEMORI.
Dan bukannya bakal menempa SEJARAH bersama kau.

Bella Juhari
18 October 2010

No comments:

Post a Comment